MARDI temui ‘kuasa’ kunyit hitam, hasilkan produk Black G

MARDI temui ‘kuasa’ kunyit hitam, hasilkan produk Black G


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama kunyit atau halia hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora, kurang popular  berbanding herba lain seperti tongkat ali, kacip fatimah dan misai kucing, namun khasiatnya sangat banyak.
Tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di Thailand berbanding di Malaysia. Mungkin faktor itulah yang menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kurang mengenali apatah lagi mengetahui khasiatnya.
Sedangkan hasil kajian MARDI mendapati tumbuhan ini mengandungi antioksida yang tinggi, meningkatkan tenaga manusia, dikatakan mampu menjadi bahan rawatan penyakit jantung. 



Kapsul Black G daripada MARDI jadi rebutan

Kajian tentang bahan aktif di dalam ubi yang berwarna ungu itu dan MARDI dapati khasiat utama ialah dari segi tenaga serta mempunyai keberkesanan yang memang positif bagi resdung, buasir, kanser dan sakit wanita terutama bagi mereka yang lepas bersalin.
Pihak MARDI sememangnya menjaga kualiti produk dan yang penting ialah kandungan kunyit hitam itu. 
Produk kunyit hitam hasil penyelidikan MARDI itu membabitkan jenama Black G Health Theraphy, Black G Energy Booster, Black G Coffee Premix dan Black G Pure Extract (kapsul).



Kunyit hitam berkualiti tinggi

Pada sekitar Jun 2018, benih kunyit hitam ini agak sukar diperolehi di pasaran tempatan. Ada yang mendapatkannya dari Thailand pada harga RM200 sekilogram. 
Herba ini mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana rizom (akar berisi) dan daunnya digunakan sebagai bahan untuk pengeluaran produk kesihatan, kosmetik, makanan tambahan dan perubatan.
Berbanding Thailand, penghasilan produk berasaskan kunyit hitam di pasaran tempatan sangat terbatas berikutan kekurangan bahan tanaman itu dan hanya segelintir pengusaha yang menanamnya secara berskala besar.




Kekurangan kunyit atau halia hitam di negara ini menyebabkan ia sangat sukar diperolehi dan menjadi faktor utama ia tidak popular seperti tongkat ali dan kacip fatimah. Kunyit hitam ini mudah ditanam sama ada di atas tanah, di dalam pasu atau menggunakan beg semaian. 
Bagaimanapun pokok tersebut tidak sesuai ditanam menggunakan tanah liat dan memerlukan kawasan redup bagi mengelak terkena cahaya matahari berlebihan. 
Kunyit hitam akan mencapai tahap matang antara 10 hingga 12 bulan dan memerlukan pemantauan rapi terutama dari segi baja dan air.
Jika ditanam secara komersial, tumbuhan herba ini boleh membawa pulangan lumayan kepada pengusaha untuk pasaran dalam dan luar negara.



Maklumbalas pengguna Black G amat positif

Teknologi kultur tisu adalah satu pendekatan untuk membiakkan bahan tanaman secara aseptik di dalam medium dan biasanya ditumpukan kepada tanaman yang mempunyai nilai ekonomi tinggi dan prospek cerah pada skala komersial.
Mengikut laporan Harian Metro pada 5 Oktober 2018, proses menghasilkan anak benih kunyit hitam menggunakan kaedah kultur tisu ini dibangunkan Pegawai Penyelidik, Program Agri-Omik dan Bioinformatik, Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman.
Menurutnya, tidak ramai yang mengetahui khasiat dan kebaikan kunyit hitam. Secara saintifiknya, khasiat kunyit hitam yang berwarna ungu kehitaman sudah dibuktikan melalui kajian yang dilaporkan di dalam beberapa jurnal. Ramai juga yang sudah memberikan testimoni selepas menggunakan produk Kapsul Black G Nutrima by MARDI ini.



Dr Zuraida berkata, produk berasaskan kunyit hitam ini boleh diguna pakai dalam bentuk makanan kesihatan, makanan tambahan herba, campuran produk bersama kopi, kosmetik dan farmaseutikal.
Kajian kunyit hitam ini mendapati ia mempunyai ciri-ciri antiradang, antigastrik dan antiobesiti. Teknik kultur tisu tumbuhan sudah lama diterima dan diguna pakai untuk pembiakan mikro pelbagai jenis tumbuhan serta tanaman.
Bagi yang ingin mendapatkan produk Kunyit Hitam Black G keluaran Black G Sdn Bhd dan penyelidikan daripada MARDI ini, boleh Klik Sini Untuk Belian di Whatsapp

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Pengedar / Agent Black G Nutrima By MARDI

Kehebatan Produk Liquid Black G Nutrima By Mardi